Wednesday, May 25, 2011

Bachelor party katanya

Salam semua :)

Bachelor party. Macam liar je bunyinyakan. Hiii. Takdela party sangat pun. Hanya makan-makan tengahari di sebuah restoran mewah yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Tak perlulah sebut nama restorannya di sini. Nanti terlebih popular pulak. Haha. Vegetarian foodlah yang pastinya.

Sv saya yang belanja kami, anak-anak muridnya makan tengahari tadi. Sempena meraikan hari-hari terakhir menjadi bujang seorang labmate saya, Kak Sarah. Sebab tulah she called this lunch as bachelor party. Kak Sarah akan melangsungkan perkahwinannya dengan Abang Farid pada weekend ni. Seronoknye ye Kak Sarah. I'm happy for you too. Akan cuba untuk datang pada hari perkahwinanmu itu. InsyaAllah. InsyaAllah. Waa..hampir selesai sebahagian agama. Didoakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Allah berikan sebuah perkahwinan yang sakinah, mawaddah wa rahmah untuk Kak Sarah dan bakal suami.

Maafle, takde gambar untuk dishare. Kami semua tak bawa kamera pun tadi. Sv saya je yang sempat ambil gambar kami2 guna iphonenya.

Baik betulla hati sv saya hari ni. Pagi2 lagi sebelum ke lab, saya singgah ke bilik dia untuk ambil dokumen berkaitan geran. Alhamdulillah, gaji saya sampai hujung tahun ni dah takde masalah. Sv saya kata, boleh sambung contract RA sampai bulan 12. Huh! Legaaa~ Kalau tak sambung, memang masak. Papa kedana merempat-rempatla saya dibuatnya untuk bulan-bulan mendatang. Pagi tadi jugak, dia bagi saya t-shirt, perfumes and shawl. Motif? Memanjang2kan sedekah agaknya. Semoga Allah balas semuanya dengan rezeki berlipat ganda ye dr.! Dan lagi, dia benarkan kami beli external hard disk guna duit geran PPP kami. How cool u are dr. Muah3x. Kurangla senak isi perut laptop saya mengandungkan menyimpan gambar-gambar fungi yang berat tu. Hahaha.

Mood saya baik betullah hari ni. Baik sampai malas nak buat labwork. Poster apetah lagi. Tak usik langsung. Oklah. Mahu pilih gambar fungi yang sesuai untuk ditempek dalam poster tu nanti. Sehingga ketemu lagi ya.Tata.

Wassalam.

2 comments:

  1. cik lai!! bestnya hang..nk jd student dr siti gak..hahaha

    semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya kpd dr siti..aminnn

    ReplyDelete
  2. Aminnn. jom2 jadi student dia. jadi junior aku jugaklahkan..haha =)

    ReplyDelete