Monday, May 23, 2011

Movie dan saya

Honestly, saya pernah masuk cinema sekali je seumur hidup. Masa tu umur saya 8 tahun dan makcik saya yang bertanggungjawab membawa saya, kakak dan dua org lagi sepupu yang lebih kurang sebaya pegi tengok wayang tu. Tajuk cerita masa tu ialah Cinta Kita. Takdela popular sangat. Kalau tanya orang, confirm ramai yang tak tahu. Sebab jarang diulang tayang dalam tv.

Sampai sekarang, saya masih ingat lagi siapa pelakonnya. Aman Graseka dan Sofea Jane. Ala-ala romantik sikit cerita tu. Pasangan kekasih yang tersadai kat dalam hutan.

Sejak daripada tu, saya tak pernah pegi cinema lagi. Budak sekolah agama, tak digalakkan ke cinema. Ustaz tak kasi. Hehe. Emak ayah pun x pernah ajar saya dan kakak ke cinema. Saya pun tak pernah kesah pasal movie yang ditayangkan di cinema. Lagi pulak, saya takut, kalau dah start pegi, saya akan gian. Pantang cerita baru keluar, mesti nak pegi tengok. Beli cd lagi ok kot. Boleh tengok banyak2 kali.

Cuma sejak dua menjak ni, hati saya rasa melonjak2 nak ke cinema. Sementelah pulak, Movie Nurkasih tengah ditayangkan di semua panggung wayang berhampiran. Kawan-kawan yang dah pegi tengok pulak bagi review yang mantop2. Hai, sungguh x boleh sabar betul dibuatnya. Lama lagi kot kalau nak tunggu cerita box office macam gini kuar kat tv.



Masa Movie Nurkasih ni nak release, punyala kakak saya berangan2 nak langgan astro first. Bole tengok ramai2 24 jam katanya. Sekali bila dah released, kuar kat iklan, hanya ditayangkan di pawagam SAHAJA. Sabo jele. Saje je Nurkasih ni nak memecahkan tradisi tak ke panggung wayang saya.

Saya dah tahu jalan ceritanya. Kawan saya dah ceritakan. Tapi nak tengok jugak2 yang real. Lagi pulak ada Remy Ishak dalam tukan.

Oh Nurkasih The Movie, berjayakah kamu memecahkan tradisi tak ke panggung wayang saya??

No comments:

Post a Comment