Showing posts with label master's. Show all posts
Showing posts with label master's. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Disertasi dah submit!

Salam. Hai belog. Kaifa hal? Kesian awak  diabaikan lama. Meh nak kiss sikit. Muahs! Pheww.
Alhamdulillah. Allah masih lagi panjangkan usia dalam Iman dan Islam :)
Alhamdulillah juga, disertasi telah selamat disubmit ke dean's office fakulti sains. Alhamdulillah. Lega yang teramat sangat leganya. Bebas hokeh. Bebas! :) Submit hari tu betul2 masa hari dateline. 28 Feb 2014. Sebabnya gigih nak submit masa tu jugak supaya x kena bayar yuran utk sem baru. Hehehe. Ala2 zombi dah keadaannye pun. Sebabnya last minute baru nak pulun. Janganlah diulang lagi perangai buruks tersebut. Derita!
Kalau org tanya, amendelah masters yg kau buat ni laila? Apa benefitsnya? Marine fungi? Apekejadahnya tu? Tak pernah dengar pun. Khasiatnya apa? Bahaya ke tidhok? Nanti dah abes, nak kerja apa? Huwawawa..pandang ke siling sekejap bila kena tanya soklan2 camni. Ok, meh sini laila nak cerita sikit ape mendenya tu marine fungi. Biasanya orang tahu fungi kan. Fungi tu kulat. Kulat ada 2 jenis. Macro dan micro. Macrofungi tu macam yang biasa kita tengok, boleh nampak dgn mata kasar. Ada jugak yg biasa kita makan. Cendawan tau cendawan? Ha, yg tu lah. Yang saya kaji ni kebanyakannya micro fungi. Kalau tengok dgn mata kasar, boleh nampak jugak sebenarnya, tapi orang tak tahu itu adalah kulat. Fruiting body dia biasanya warna hitam. Tak menarik pun. Hitam2 timbul2 atas kayu. Memang x cantiklah. Tak macam cendawan macro tu. Tapi nak habaqnya, isi dalam dia tu, MasyaAllah,  cantik dan ada macam2 bentuk. Sekecil2 benda yang x boleh dilihat dgn mata kasar dan hanya boleh dilihat guna mikroskop je, Allah ciptakan begitu indah sekali. Dinamakan marine fungi, sebab substrate yg saya kaji semuanya kutip kat tepi2 laut. Kalo micro fungi kutip dalam hutan, dipanggillah terrestrial fungi. Haa, centulah dia kesahnya secara ringkas. Ada sebahagian marine fungi ni mengandungi chemical compound yg bagus. Tapi saya x kajilah benda2 tu. Sebab saya kaji diversity dia je. Alhamdulillah, sepanjang kajian saya ni, berjaya jumpa 2 species baru. InsyaAllah, tiada aral akan dipublish.
Dengar ceritanya, external examiner dah siap tanda dah disertasi. Wow wow! Cepatnya dia. Internal examiner je tak tau apa cerita. Harap2nya dia tak peram lama2 disertasiku ittew. Masalah2 peribadi mohon tolak ketepi sebab saya ni xde kaitan pun dgn semuanya. Ya Allah, permudahkanlah. Hey, kalo tanda cepat2 dapat elaun banyakkan..takmo ke elaun tu?
Mohon dengan amat, bulan 10 atau 11 ni dapat pakai jubah kolar kuning. Amin.

Wednesday, May 25, 2011

Bachelor party katanya

Salam semua :)

Bachelor party. Macam liar je bunyinyakan. Hiii. Takdela party sangat pun. Hanya makan-makan tengahari di sebuah restoran mewah yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Tak perlulah sebut nama restorannya di sini. Nanti terlebih popular pulak. Haha. Vegetarian foodlah yang pastinya.

Sv saya yang belanja kami, anak-anak muridnya makan tengahari tadi. Sempena meraikan hari-hari terakhir menjadi bujang seorang labmate saya, Kak Sarah. Sebab tulah she called this lunch as bachelor party. Kak Sarah akan melangsungkan perkahwinannya dengan Abang Farid pada weekend ni. Seronoknye ye Kak Sarah. I'm happy for you too. Akan cuba untuk datang pada hari perkahwinanmu itu. InsyaAllah. InsyaAllah. Waa..hampir selesai sebahagian agama. Didoakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Allah berikan sebuah perkahwinan yang sakinah, mawaddah wa rahmah untuk Kak Sarah dan bakal suami.

Maafle, takde gambar untuk dishare. Kami semua tak bawa kamera pun tadi. Sv saya je yang sempat ambil gambar kami2 guna iphonenya.

Baik betulla hati sv saya hari ni. Pagi2 lagi sebelum ke lab, saya singgah ke bilik dia untuk ambil dokumen berkaitan geran. Alhamdulillah, gaji saya sampai hujung tahun ni dah takde masalah. Sv saya kata, boleh sambung contract RA sampai bulan 12. Huh! Legaaa~ Kalau tak sambung, memang masak. Papa kedana merempat-rempatla saya dibuatnya untuk bulan-bulan mendatang. Pagi tadi jugak, dia bagi saya t-shirt, perfumes and shawl. Motif? Memanjang2kan sedekah agaknya. Semoga Allah balas semuanya dengan rezeki berlipat ganda ye dr.! Dan lagi, dia benarkan kami beli external hard disk guna duit geran PPP kami. How cool u are dr. Muah3x. Kurangla senak isi perut laptop saya mengandungkan menyimpan gambar-gambar fungi yang berat tu. Hahaha.

Mood saya baik betullah hari ni. Baik sampai malas nak buat labwork. Poster apetah lagi. Tak usik langsung. Oklah. Mahu pilih gambar fungi yang sesuai untuk ditempek dalam poster tu nanti. Sehingga ketemu lagi ya.Tata.

Wassalam.