Monday, May 2, 2011

We Together had fun at Jusco

1 Mei 2011. Ahad. Labour day.

Sangat seronok sebab ada orang belanja kami satu family makan dan main bowling. yuhuu..

Sempena birthday pakcik saya yg ke40 tahun, beliau telah sudi membelanja keluarganya dan keluarga saya makan KFC dan main bowling. Birthday dia, dia yang kena belanja. Sungguh pemurah. Haha. Ketua keluarga memang selalu macam tukan..Next time belanja lagi yek.

Seumur hidup, ini adalah kali kedua saya main bowling. Kali pertama, masa dinner kolej kat Genting Highland dulu. Masa tu, saya main bowling pakai jubah! Boleh imagine? Sangat sopan ok! Haha.

Kali ni pun, masih sopan. Oleh kerana terlalu sopan, hampir kesemua balingan saya termasuk ke dalam longkang. MALU OKEH. Kalau ada yang jatuh pun, semuanya yang hujung2 sekali. Paling banyak bilangan pin yang jatuh, 9 pin. Itupun kan, sebab bola tu terkena kaki saya. Pelan-pelan je bola tu tegolek.

Saya ingatkan bola tu akan berhenti di pertengahan jalan. Tapi tegolek jugak sampai ke pin. Dan pin-pin yang tekena bola tu, seperti org mabuk yang terjatuh akibat pening. Kedebuk..Kedebuk..Kedebuk..sampailah cukup 9. Satu family ketawakan saya. Memang sungguh x pandaila. Dan saya dapat nombor paling corot.

Walau bagaimanapun, kami had fun. Makcik saya cadang nak main bowling ramai-ramai lagi next time. Harap-harap kali tu skill balingan bola saya dapat diperbaiki. Wink ;)

No comments:

Post a Comment