Friday, May 6, 2011

Life as a master student

Salam semua,

Lega betul hari ni. 2 progress report dah siap ditandatangan dan dikomen oleh sv saya. Progress report mybrain mymaster dan progress report geran ppp saya. Sv saya rushing mahu pulang ke rumah. So, dia komen yang baik-baik saja. *_*

Tapikan, bila tengok balik gantt chart dan tarikh akhir tajaan mybrain saya, hati terus rasa berdebar-debar. Saya kena habiskan master saya sebelum Julai 2012! Maknanya, hanya tinggal 13 bulan sahaja untuk saya selesaikan master saya ni. Ya Allah, sempat ke? Kalau master saya lambat siap, alamat melepaslah saya nak dapat RM3k dari MOHE. Itu adalah elaun tesis yang MOHE janji akan berikan jika saya berjaya hantar tesis dalam tempoh tajaan mybrain mymaster saya. Sungguhla mata duitan saya inikan. Haha. Tapi tak kira. Nak jugak. Itukan memang hak saya.

Saya perlu gandakan usaha ni. Banyak lagi sampel yang belum diobserve. Itu tak campur lagi dengan sampel baru utk fieldtrip akan datang. SV saya kata, untuk setiap tempat, saya perlu buat 3 kali collection. Sekarang sudah ada 7 tempat. Dan setiap tempat, saya baru buat sekali je collection. Habislah saya! Boleh tak kalau saya buat 2 kali je collection? Boleh tak? waaa~

Rasanya, writing pun dah boleh start sekarang. Untuk writing, akan ambil masa yang lama juga. Kalau Allah izinkan, saya mahu habis study ontime. Tak mahu extend2.

Mahu habis study cepat. Mahu kerja cepat. Mahu kawen cepat. Erkk..

No comments:

Post a Comment