Sunday, May 22, 2011

Saya pun kena buat poster?

Salam semua.

Saya kena buat poster. Saya tak tahu perasaan saya. Suka atau tak suka. SV saya dengan tiba-tibanya suruh saya buat poster untuk satu conference yang akan diadakan di Korea bulan 8 ni. Tapi bukan sayalah yg presentkan nanti. Dia. Dan saya juga tak pergi ke Korea tu.

Saya tahu ini peluang baik untuk saya. Baik untuk CV saya. Bole tambah pencapaian saya dalam progress report nanti. Tapi, saya tidak yakin. Sebab saya kena buat poster tu sorang-sorang. Sebelum ni, saya pernah buat poster. Poster tu saya presentkan dalam satu conference anjuran MOSTI di Kuala Terengganu. Tapi poster tu saya buat dengan labmate saya, Hana. Idea, kami kongsi bersama. Aduh, kurang keyakinannya saya sekarang.




Abstrak untuk poster tu sudah saya hantar. Tiada masalah. Hanya dua kali draft dan SV saya sudah boleh terima. Alhamdulillah.

Sekarang saya sedang cuba untuk buat poster tu. Tapi banyak masa saya buang untuk pilih warna yang sesuai. Background yang sesuai. Susunan yang sesuai. Gambar yang sesuai. Terlalu mementingkan kesempurnaan rupa bentuk poster, sampai isi yang mahu dimasukkan nanti saya tak sempat nak buat. Masalah betullah saya ni. Sebab tulah cik SV selalu marah saya.

Esok nak cuba draft poster tu. Nak letak kaler hitam putih je dulu. Malas nak pikir macam-macam. Buang masa tu tak elok. Kan? Kan?

Sekian.

No comments:

Post a Comment