Sunday, February 21, 2016

Eh, dah 2016!

After soooooo long!

Hai, Assalamualaikum :)

Lamanya sangat sangat tak masuk sini ;')

Rindunya. Rindu lepas baca entry yang lama lama tu, yang last update 3 tahun lepas. 2016 dah sekarangkan. Macam tak percaya.

Saya masih sama.
Status. Tiada perubahan lagi semasa menulis entry ini.

Sambil taip ni, sambil dengar lagu lagu nasyid yang biasa dengar masa kat Nilampuri dulu dulu tu. Lagu Inteam, UNIC, Mestika, Hijjaz, Rabbani etc etc. Bestnya lagu lagu nasyid masa tu. Menusuk ke hati je lirik dan lagu lagunya. Sekarang macam takde dah lagu lagu nasyid yang best. Pasaipa taktau.

Takde nak tulis apa sangat pun sebenarnya.
Saje je singgah sekejap melawat kawasan hikss.

Ilalliqa' :)





Wednesday, March 19, 2014

Disertasi dah submit!

Salam. Hai belog. Kaifa hal? Kesian awak  diabaikan lama. Meh nak kiss sikit. Muahs! Pheww.
Alhamdulillah. Allah masih lagi panjangkan usia dalam Iman dan Islam :)
Alhamdulillah juga, disertasi telah selamat disubmit ke dean's office fakulti sains. Alhamdulillah. Lega yang teramat sangat leganya. Bebas hokeh. Bebas! :) Submit hari tu betul2 masa hari dateline. 28 Feb 2014. Sebabnya gigih nak submit masa tu jugak supaya x kena bayar yuran utk sem baru. Hehehe. Ala2 zombi dah keadaannye pun. Sebabnya last minute baru nak pulun. Janganlah diulang lagi perangai buruks tersebut. Derita!
Kalau org tanya, amendelah masters yg kau buat ni laila? Apa benefitsnya? Marine fungi? Apekejadahnya tu? Tak pernah dengar pun. Khasiatnya apa? Bahaya ke tidhok? Nanti dah abes, nak kerja apa? Huwawawa..pandang ke siling sekejap bila kena tanya soklan2 camni. Ok, meh sini laila nak cerita sikit ape mendenya tu marine fungi. Biasanya orang tahu fungi kan. Fungi tu kulat. Kulat ada 2 jenis. Macro dan micro. Macrofungi tu macam yang biasa kita tengok, boleh nampak dgn mata kasar. Ada jugak yg biasa kita makan. Cendawan tau cendawan? Ha, yg tu lah. Yang saya kaji ni kebanyakannya micro fungi. Kalau tengok dgn mata kasar, boleh nampak jugak sebenarnya, tapi orang tak tahu itu adalah kulat. Fruiting body dia biasanya warna hitam. Tak menarik pun. Hitam2 timbul2 atas kayu. Memang x cantiklah. Tak macam cendawan macro tu. Tapi nak habaqnya, isi dalam dia tu, MasyaAllah,  cantik dan ada macam2 bentuk. Sekecil2 benda yang x boleh dilihat dgn mata kasar dan hanya boleh dilihat guna mikroskop je, Allah ciptakan begitu indah sekali. Dinamakan marine fungi, sebab substrate yg saya kaji semuanya kutip kat tepi2 laut. Kalo micro fungi kutip dalam hutan, dipanggillah terrestrial fungi. Haa, centulah dia kesahnya secara ringkas. Ada sebahagian marine fungi ni mengandungi chemical compound yg bagus. Tapi saya x kajilah benda2 tu. Sebab saya kaji diversity dia je. Alhamdulillah, sepanjang kajian saya ni, berjaya jumpa 2 species baru. InsyaAllah, tiada aral akan dipublish.
Dengar ceritanya, external examiner dah siap tanda dah disertasi. Wow wow! Cepatnya dia. Internal examiner je tak tau apa cerita. Harap2nya dia tak peram lama2 disertasiku ittew. Masalah2 peribadi mohon tolak ketepi sebab saya ni xde kaitan pun dgn semuanya. Ya Allah, permudahkanlah. Hey, kalo tanda cepat2 dapat elaun banyakkan..takmo ke elaun tu?
Mohon dengan amat, bulan 10 atau 11 ni dapat pakai jubah kolar kuning. Amin.

Tuesday, November 26, 2013

Thesis dan kehidupan sekarang ni.

Assalamualaikum.

Hi belog. Hi uols.

Bukan main lagi propa tajuk entry. Mihmihmih.
Sebenarnya nak cerita secara random.
Apa je yang terlintas kat kepala ni, nak gabung semua cerita kat sini.
Senang. Supaya nanti boleh jadi rujukan bila dah tua. Ehhh. Haha.

Cerita pertama sekali yang nak ceritanya ialah mengenai thesis.
Thesis. Masih lagi tersadai, tergantung writingnya. Bukan malas ke apa. Tapi phylogenetic tree takkk siap2 lagi. Proses belajar phylogenetic tree makan masa agak lama. Ok, cuba untuk tak salahkan siapa2. Tak mau kutuk2 orang kat sini. Sebab apa yg kita tulis, kita mesti bertanggungjawab ke atas tulisan tersebut (ayah fatimah az-zahra, 2011). Apa2pun, insyaAllah,  by December 2013 ni, thesis tu akan selamat disubmit ke dean office. Mohon dengan amat, semoga dipermudahkan segala urusanku, Ya Rabb. Yang nak marah2 kecewa segala bagai sebab thesis tu lambat siap, gasaklah kau. Tak kuasa nak melayan mood mu itu yang selalu tak ketahuan hala. Muahaha. Asalkan kubahagia dengan kehidupanku :D

Seterusnya, perihal tuisyen. Alhamdulillah,  tamat sudah sesi pengajaran tuisyen untuk tahun ni. Last sekali kelas dengan kyrul Ahad lepas. Next year, tak tahu lagi macam mana. Nak ajar ke tak. Tak tahu lagi. Mungkin mungkin mungkin akan kena cover area lembah klang, sebagai manager. Wallahua'lam.  Tak tahu lagi apa keputusan director2 Infitah. Kalau misal kata tak jadi untuk jadi manager tu, maka mungkin akan teruskan juga dengan mengajar tuisyen macam tahun ni. Last sekali kelas dgn kyrul tu, aunty kata dia nazar kalau kyrul dapat result bagus, aunty berhajat nak buat makan2. Dan aunty pesan, kalau nak kahwin jangan lupa kat aunty. Nangesssnye kalau masuk bab pasal kahwin2 ni. Bila tah. Tak tahulah. Sobss.

Vacation. Hujung tahun ni, bersempena dengan cuti sekolah, insyaAllah akan ke Cameron Highland dengan labmates yang dicintai dan ke Port Dickson dengan kakak2 hangkat yang dikasihi. Tak sabar keh. Walaupun kewangan agak tenat, tapi akan kuredah jua demi menggembirakan perasaan dan jiwa yang stress ini. Macam2 jadi lately. Dengar berita kawan dapat anak pun kustress. Tengok kat twitter, facebook, ig orang dok melagho pasal retis pun kustress. Dengan thesis lagi. Kerja2 sekretariat NGO lagi. Otakku perlu rehat. Tak sabar nak bersejukan di Cameron dan bergusipan di Port Dickson. Hahahaha. Semoga ukhwah kami semakin erat. Hah, lagi satu, tak tahu nak bawa mak kusayang bercuti kat mana. Kesian mak. Ku berjalan2, mak tinggal. InsyaAllah mak. Dun worry, Nanti adik bawak mak p jalan2 jugak. Muahhsss mak!

Cukup dulu kot. Nanti sambung lagi.
Muhasabah diri.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. InsyaAllah. Amin.

Wassalam.

Thursday, September 12, 2013

Kerja sekolah tak siap lagi

Saya sangat kalut sebenarnya sekarang ni. Kerja sekolah tak siap lagi. Esok ada discussion pukul 10am kat bilik Dr R, nak kena tunjuk result sequence analysis whatsoever ni. Mocit sv tu pun ada sekali nanti. Mata memang tak bole cakaplah, ngantuk yamats. Nangesss.. Tapi tehtap nak tulis belogkan. Gatal sangatkan. Ngantuk. Ngantuk. Ngantuk. Tolongggg sob sob sob...Nak sambung kerja. 

Pening lalat tengok warna warni. Aku tak biasaaaaa.

Bai.
Sobsss. 

Monday, September 9, 2013

Perihal thesis

Assalamualaikum...
Isnin dan bluesnya memang sangat tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan ibarat isi dengan kuku. Hey, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Saya nak beritahu yang cik sv dah izinkan saya untuk writing thesis kat rumah je. No need to come to the lab everyday. Hanya perlu ke UM kalau ada discussion je. Yeayy! Im sooo damn happy. Tak payah mengadap jam pagi-pagi petang-petang. Cik sv beritahu pasal ni pagi tadi via watsap. Baru je monday blues tu nak datang menguasai diri, terus tak jadi kan ;) Tapi, saya pergi juga lab. Settlekan kerja-kerja yang perlu. Kalau diikutkan, thesis saya dah complete sebenarnya. Tapi last minute cik sv suruh tambah molecular analysis untuk spesies baru yang saya jumpa. Tak tahulah berapa lama nak habis. Sebab nak buat phylogenetic tree tu, kena belajar dengan sorang lecturer ni yang boleh dikatakan suka buat benda simple jadi complicated *pengsan*. Sekarang ni pun, thesis tu dah 180+ pages. Tambah lagi dengan molecular part, makin teballah thesis tu nanti. Mahu makan sampai 200+ pages. Kawan saya kata, untuk thesis saya tu nanti entah berapa batang pokok yang akan jadi korban. Funny. Dasar conservationist! Haha. Saya tak sempat grad tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau tiada aral. Amin. Tadi lunch di Sweetchat Midvalley dengan Hanna. Kami dua orang ni memang minah kaki redah. Bila hati lara je, kami akan masuk restoran yang nampak macam sweet sweet tu. P makan desert. Not bad juga makanan di Sweetchat ni. Mula-mula tengok harga, rasa macam nak tercekik. Tapi rupanya harga tu termasuk makanan dan minuman sekali. Next time nak pergi lagi, nak ajak labmates yang lain-lain. Ok tu je nak cerita. Bai.


Sunday, September 8, 2013

Riang ria Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..
Syawal 1434H dah sampai ke penghujungnya. Syawal tahun ni, biasa-biasa je bagi saya. Bila dihitung-hitung jumlah hari, 5 hari je saya betul-betul beraya. Raya pertama dan kedua. Sabtu dan Ahad minggu terakhir Syawal dan hari kedua terakhir Syawal. Gigih hokeh mengingat berapa hari je beraya. Hahaha. Workload banyakkk sangat. Dengan thesisnya, dengan kerja-kerja admin untuk satu NGO ni. Minggu kedua Syawal saya ke Primula Beach Hotel, menghadiri seminar di sana. Alhamdulillah, berjaya settlekan kerja-kerja sekretariat untuk seminar tu dengan jayanya. Walaupun hmmm..penat tak terkira dan dibayar seciput. Sabo jelah mak jemah. Hari-hari lain yang x sempat beraya tu sebab mengajar tuisyen di Seremban pada weekendnya. Weekdays macam biasalah, ke UM siapkan writing thesis etc etc. Busy woman sangat kekdahnya kan. Tak banyak pun bergambar untuk Aidilfitri tahun ni. Gambar 1 family, langsung takde. Tak sempat memanjang nak bergambar. Bila dah siap pakai cantik-cantik,  nak cepat-cepat keluar rumah. Sebab tulah x sempat. Bila dah sampai rumah orang, xde maknanya nak begambar ramai-ramai 1 family. Rumah orang kan. Ate cemane gayanye kan...Koser. Macam-macam mana pun, saya tetap rasa gembira, happy sangat-sangat. Ngeee..Ni ha, beberapa keping gambar yang sempat diambil hari tu. Ada yang kat kedai tayar (pun boleh) , ada yang kat rumah sendiri. Saksikanlah..





Ok. Tu je. Wassalam :)

Saturday, September 7, 2013

Ekynn buat comeback

Assalamualaikum..
Rindunyeeee kat kamu blog. Rindu sangat. Bertahun-tahun terabai. Sekarang ni kita dah ada gadget baru yang ayah belikan :) Maka bolehlah selalu datang jenguk kamu. Gituhh kannnn..banyak nak cerita ni. Banyak berjuta lemon!

Tengok tajuk entry. X menahan sungguhkan. Hahaha.

Ok, nanti sambung..