Thursday, May 26, 2011

Bila nak sampai?

"Awak bila nak kawin?"

"Akak bila nak kawin?"

"Adik bila nak kawin?"

Letih. Saya ingatkan dulu, saya takkan diasak dengan soalan-soalan begini. Dan saya juga ingat, saya akan cool takde perasaan berjiwa kental bila ditanya soalan begini. Rupanya tidak. Uih, tertekan betul. Belum tua lagi kot. Baru nak masuk 25 tahun bulan Julai nanti. Emak ayah saya pun x pernah tanya n kisah tentang soal jodoh saya. Rilek-rilek sudah.

Sape nak jadi suami saya? Meh sini beritahu. Jangan malu2. Kalaulah saya boleh post announcement ni kat muka buku saya. Alangkah bagusnya. Tapi, gile ke hape.Macam desperate bebeno nak mencari lakinye. Takkan dibuatla hai. Saya pemalu tau. Huhu.

Tadi, chatting dengan seorang kenalan di ym. Dia baru berkahwin. Lelaki. Bila dia tanya "Ekyn bila nak kawen?" Saya pun balas, "Tolong carikan boleh?". Sekali punya panjang tazkirah dia bagi kat saya. Akibat terlalu panjang, yang hanya saya ingat adalah, mohon doa dari Allah. Ya, saya tahu itu. Memang itu yang selalu saya mohon dari Allah. Kira doa wajibla tu setiap kali lepas solat.

Tiada usaha lagi yang boleh saya lakukan, selain memohon dari Allah supaya mempertemukan saya dengan jodoh yang baik. Mempercepatkan juga jodoh itu. Tapi, kalau Allah takdirkan jodoh saya sampai lambat, lambatlah ia. Usaha apa lagi yang boleh saya lakukan? Mengayat lelaki? Oh, no no no. Saya bukan jenis yang begitu. Selimut malu saya masih tebal.

Paling saya tak boleh terima bila orang berkata, "Kenapa sambung master? Susah nak dapat jodoh nanti. Lelaki tak suka perempuan pandai-pandai sangat. Nanti jadi andartu macam eek kamu nak?" Hei, jodoh saya, kamukah yang tentukan? Allah yang tentukanlah. Saya sandarkan doa dan harapan saya hanya pada Allah.

Masa belasan tahun dulu, memang saya sudah letakkan target umur untuk berkahwin. Umur 23 mesti dah kawen. Tapi, tiada yang sudi melamar. Haha. Ok. Takpela. Kita up sikit target umur tu. Letak target baru. Umur 25 mesti dah kawen. Haha. Tapi, sampai sekarang, tiada juga yang datang melamar. Nak up lagi ke? Bolehla. Up lagi. Sekarang ini, target baru saya, sebelum umur 30 mesti dah kawen. Boleh ke? InsyaAllah. Minta dengan sungguh dari Allah. Pasti Allah perkenankan.

Sejak lahir sampailah sekarang, saya tak pernah beri lagi cinta saya pada mana-mana lelaki yang bukan hak. InsyaAllah mahu jaga elok-elok untuk suami saya saja. Kalau boleh mahu bercinta selepas kahwin. Tentu maniskan?

Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a'yun, wa ja'alna lilmuttaqina imama-Amin.

2 comments:

  1. salam cik lai..
    cik dayah disini..
    awak jgn la risau cik lai..insyaAllah akan ade nnt..awak baik sgt cik lai..sy suka kwn dgn awak..tp sy perempuan..insyaAllah nnt akan ade laki yg dtg pinang awak..jgn risau k..kite serupa..hahahaha

    saye pon pernah target nk kawen umo 24..tp smpi skrg xde calon..kite up kan la ckit target umo nak kawen tu..haha

    ReplyDelete
  2. salam cik dayah.

    insyaAllah. mudah2an Allah berikan yang baik2 saja untuk kita kan cik dayah. ye cik dayah, kita up ckit target umur tu. supaya x pressure.hihihi..

    ReplyDelete