Thursday, September 12, 2013

Kerja sekolah tak siap lagi

Saya sangat kalut sebenarnya sekarang ni. Kerja sekolah tak siap lagi. Esok ada discussion pukul 10am kat bilik Dr R, nak kena tunjuk result sequence analysis whatsoever ni. Mocit sv tu pun ada sekali nanti. Mata memang tak bole cakaplah, ngantuk yamats. Nangesss.. Tapi tehtap nak tulis belogkan. Gatal sangatkan. Ngantuk. Ngantuk. Ngantuk. Tolongggg sob sob sob...Nak sambung kerja. 

Pening lalat tengok warna warni. Aku tak biasaaaaa.

Bai.
Sobsss. 

Monday, September 9, 2013

Perihal thesis

Assalamualaikum...
Isnin dan bluesnya memang sangat tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan ibarat isi dengan kuku. Hey, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Saya nak beritahu yang cik sv dah izinkan saya untuk writing thesis kat rumah je. No need to come to the lab everyday. Hanya perlu ke UM kalau ada discussion je. Yeayy! Im sooo damn happy. Tak payah mengadap jam pagi-pagi petang-petang. Cik sv beritahu pasal ni pagi tadi via watsap. Baru je monday blues tu nak datang menguasai diri, terus tak jadi kan ;) Tapi, saya pergi juga lab. Settlekan kerja-kerja yang perlu. Kalau diikutkan, thesis saya dah complete sebenarnya. Tapi last minute cik sv suruh tambah molecular analysis untuk spesies baru yang saya jumpa. Tak tahulah berapa lama nak habis. Sebab nak buat phylogenetic tree tu, kena belajar dengan sorang lecturer ni yang boleh dikatakan suka buat benda simple jadi complicated *pengsan*. Sekarang ni pun, thesis tu dah 180+ pages. Tambah lagi dengan molecular part, makin teballah thesis tu nanti. Mahu makan sampai 200+ pages. Kawan saya kata, untuk thesis saya tu nanti entah berapa batang pokok yang akan jadi korban. Funny. Dasar conservationist! Haha. Saya tak sempat grad tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau tiada aral. Amin. Tadi lunch di Sweetchat Midvalley dengan Hanna. Kami dua orang ni memang minah kaki redah. Bila hati lara je, kami akan masuk restoran yang nampak macam sweet sweet tu. P makan desert. Not bad juga makanan di Sweetchat ni. Mula-mula tengok harga, rasa macam nak tercekik. Tapi rupanya harga tu termasuk makanan dan minuman sekali. Next time nak pergi lagi, nak ajak labmates yang lain-lain. Ok tu je nak cerita. Bai.


Sunday, September 8, 2013

Riang ria Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..
Syawal 1434H dah sampai ke penghujungnya. Syawal tahun ni, biasa-biasa je bagi saya. Bila dihitung-hitung jumlah hari, 5 hari je saya betul-betul beraya. Raya pertama dan kedua. Sabtu dan Ahad minggu terakhir Syawal dan hari kedua terakhir Syawal. Gigih hokeh mengingat berapa hari je beraya. Hahaha. Workload banyakkk sangat. Dengan thesisnya, dengan kerja-kerja admin untuk satu NGO ni. Minggu kedua Syawal saya ke Primula Beach Hotel, menghadiri seminar di sana. Alhamdulillah, berjaya settlekan kerja-kerja sekretariat untuk seminar tu dengan jayanya. Walaupun hmmm..penat tak terkira dan dibayar seciput. Sabo jelah mak jemah. Hari-hari lain yang x sempat beraya tu sebab mengajar tuisyen di Seremban pada weekendnya. Weekdays macam biasalah, ke UM siapkan writing thesis etc etc. Busy woman sangat kekdahnya kan. Tak banyak pun bergambar untuk Aidilfitri tahun ni. Gambar 1 family, langsung takde. Tak sempat memanjang nak bergambar. Bila dah siap pakai cantik-cantik,  nak cepat-cepat keluar rumah. Sebab tulah x sempat. Bila dah sampai rumah orang, xde maknanya nak begambar ramai-ramai 1 family. Rumah orang kan. Ate cemane gayanye kan...Koser. Macam-macam mana pun, saya tetap rasa gembira, happy sangat-sangat. Ngeee..Ni ha, beberapa keping gambar yang sempat diambil hari tu. Ada yang kat kedai tayar (pun boleh) , ada yang kat rumah sendiri. Saksikanlah..





Ok. Tu je. Wassalam :)

Saturday, September 7, 2013

Ekynn buat comeback

Assalamualaikum..
Rindunyeeee kat kamu blog. Rindu sangat. Bertahun-tahun terabai. Sekarang ni kita dah ada gadget baru yang ayah belikan :) Maka bolehlah selalu datang jenguk kamu. Gituhh kannnn..banyak nak cerita ni. Banyak berjuta lemon!

Tengok tajuk entry. X menahan sungguhkan. Hahaha.

Ok, nanti sambung..