Monday, May 30, 2011

Nak cuti sekolah jugak ;(

Salam semua.

Cuti sekolah baru bermula. Seronoknya lahai kalau dapat cuti jugak macam adik-adik sekolah dan kawan-kawan yang buat coursework. Tapi apakan daya, peluang nak cuti-cuti ni takde. Orang cuti belajar, awak punya kerja pulak makin berlambak-lambak. Banyaknya kerja. Tak tahu nak capai mana satu. Akhirnya, langsung tak buat ;) Isolation, buat 7, 1 je yang jadi. Yang lain sume contame. Banyak bakteria betullah lab saya. Tension.

Weekend yang lepas, saya dan family ke Melaka. Attend walimah kawan abang ipar. Senior saya di UM juga. Cantik betullah Melaka. Bersih sangat. Tenang jiwa mengadap pemandangan kiri dan kanan jalan. Rumah-rumah kat sana tersusun. Susah nak nampak lalang tinggi-tinggi. Daun-daun kering pun kurang. Mereka rajin sapu sampah agaknya. Saya sudah jatuh cintalah dengan Melaka. Ehem. Ehem. Makcik-makcik di Melaka, ada tak yang sedang mencari menantu pempuan? Kat sini ada sorang yang nak promote diri. Hehehe.

Kami di Melaka sampai malam. Geng-geng Palapes UM abg ipar saya buat reunion sekali. Mereka mahu belanja makan ikan bakar. Kami sefamily tumpang sekakilah. Mulanya mereka mahu ke Umbai. Tapi tak jadi sebab jauh sedikit dari rumah tumpangan solat kami (Thanks to k.wani n husband sebab sudi tumpangkan kami ramai-ramai di rumah kalian berdua). Akhirnya, kami ke Alai sahaja. Medan Ikan Bakar MBMB nama tempat tu. MasyaAllah, sedap sungguh ikan bakar kat situ. Makanan lain pun sedap-sedap jugak. Dan yang paling tak percayanya kami, harga untuk 37 orang kami-kami ni, gedebak gedebuk, hanya RM 470.00 sahaja. Sangat murahkan? Memang murahlahh. Abang ipar saya sampai tak boleh tido memikirkan bagaimana harganya boleh murah macam tu sekali. Memang banyakla kami makan masa tu. Sampai tak terlarat nak habiskan.Yang baru datang, order je lagi. Habis, tambah lagi. Habis, tambah lagi.

Kawan-kawan yang datang ke Melaka, yang mencari-cari ikan bakar sedap kat Melaka, bolehla ke Medan Ikan Bakar MBMB dekat Alai. Kedainya yang hujung sekali dari tempat parkir kereta. Sedap sangattt. Cepat pulak tu hidangannya siap. Memang berbaloi-baloilah!!

No comments:

Post a Comment