Wednesday, July 13, 2011

Kerja lapangan di Kuantan

7-10 Julai yang lalu, saya ke kuantan untuk collect sample. Bagus betul tarikh yang dipilih oleh kami. Dan dan pulak terkena masa KL dilanda jem teruk akibat Bersih 2.0. Aman sungguh Kuantan. Boleh ke mana-mana tanpa sekatan dari sesiapa dan yang paling saya suka ialah langsung tiada roadblock di sana!

Tapi, fieldtrip kali ni sangat tension sebab ada lecturer pelawat dari Taiwan. Kena bekerja sungguh-sungguh depan dia. Kalau tak, akan jadi macam fieldtrip masa kat Tioman dulu. Tak pasal-pasal saya, hana n kak sarah dimarahi oleh cik sv sebab mulut dia yang mengadu dan mengutuk kami belakang-belakang.

Di samping lecturer pelawat tu, cik sv pun turut serta untuk fieldtrip kali ni. Tapi, tujuan dia ke sana lebih kepada cuti-cuti merehatkan minda (baik punya ayatkan?). Maklumla, kami di sini duduk hotel best. The ZenithHotel. Tenangla perasaan dia kat sana.

Sepanjang lecturer pelawat tu ada kat sini, saya asyik mimpi yang berat-berat je. Setiap kali mimpi, mesti ada muka dia n cik sv yang x abes2 dok suruh saya buat kerja. Tak syok langsung. Tak lena tidur dibuatnya. Hari ni dia balik Taiwan. Lega sikit rasa hati saya ni. Letih tau melayan visitor yang banyak kerenah. Semua nak perfect je.

Ha kan, dah jadi sesi meluah perasaan. Hehehe. Meh sini saya tepek sekeping dua gambar masa fieldtrip tu berlaku..






Gambar-gambar lain, saya akan tepekkan kemudian. Stop sini dulu ye.

Salam.