Monday, September 9, 2013

Perihal thesis

Assalamualaikum...
Isnin dan bluesnya memang sangat tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan ibarat isi dengan kuku. Hey, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Saya nak beritahu yang cik sv dah izinkan saya untuk writing thesis kat rumah je. No need to come to the lab everyday. Hanya perlu ke UM kalau ada discussion je. Yeayy! Im sooo damn happy. Tak payah mengadap jam pagi-pagi petang-petang. Cik sv beritahu pasal ni pagi tadi via watsap. Baru je monday blues tu nak datang menguasai diri, terus tak jadi kan ;) Tapi, saya pergi juga lab. Settlekan kerja-kerja yang perlu. Kalau diikutkan, thesis saya dah complete sebenarnya. Tapi last minute cik sv suruh tambah molecular analysis untuk spesies baru yang saya jumpa. Tak tahulah berapa lama nak habis. Sebab nak buat phylogenetic tree tu, kena belajar dengan sorang lecturer ni yang boleh dikatakan suka buat benda simple jadi complicated *pengsan*. Sekarang ni pun, thesis tu dah 180+ pages. Tambah lagi dengan molecular part, makin teballah thesis tu nanti. Mahu makan sampai 200+ pages. Kawan saya kata, untuk thesis saya tu nanti entah berapa batang pokok yang akan jadi korban. Funny. Dasar conservationist! Haha. Saya tak sempat grad tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau tiada aral. Amin. Tadi lunch di Sweetchat Midvalley dengan Hanna. Kami dua orang ni memang minah kaki redah. Bila hati lara je, kami akan masuk restoran yang nampak macam sweet sweet tu. P makan desert. Not bad juga makanan di Sweetchat ni. Mula-mula tengok harga, rasa macam nak tercekik. Tapi rupanya harga tu termasuk makanan dan minuman sekali. Next time nak pergi lagi, nak ajak labmates yang lain-lain. Ok tu je nak cerita. Bai.


No comments:

Post a Comment