Thursday, September 12, 2013

Kerja sekolah tak siap lagi

Saya sangat kalut sebenarnya sekarang ni. Kerja sekolah tak siap lagi. Esok ada discussion pukul 10am kat bilik Dr R, nak kena tunjuk result sequence analysis whatsoever ni. Mocit sv tu pun ada sekali nanti. Mata memang tak bole cakaplah, ngantuk yamats. Nangesss.. Tapi tehtap nak tulis belogkan. Gatal sangatkan. Ngantuk. Ngantuk. Ngantuk. Tolongggg sob sob sob...Nak sambung kerja. 

Pening lalat tengok warna warni. Aku tak biasaaaaa.

Bai.
Sobsss. 

Monday, September 9, 2013

Perihal thesis

Assalamualaikum...
Isnin dan bluesnya memang sangat tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan ibarat isi dengan kuku. Hey, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Saya nak beritahu yang cik sv dah izinkan saya untuk writing thesis kat rumah je. No need to come to the lab everyday. Hanya perlu ke UM kalau ada discussion je. Yeayy! Im sooo damn happy. Tak payah mengadap jam pagi-pagi petang-petang. Cik sv beritahu pasal ni pagi tadi via watsap. Baru je monday blues tu nak datang menguasai diri, terus tak jadi kan ;) Tapi, saya pergi juga lab. Settlekan kerja-kerja yang perlu. Kalau diikutkan, thesis saya dah complete sebenarnya. Tapi last minute cik sv suruh tambah molecular analysis untuk spesies baru yang saya jumpa. Tak tahulah berapa lama nak habis. Sebab nak buat phylogenetic tree tu, kena belajar dengan sorang lecturer ni yang boleh dikatakan suka buat benda simple jadi complicated *pengsan*. Sekarang ni pun, thesis tu dah 180+ pages. Tambah lagi dengan molecular part, makin teballah thesis tu nanti. Mahu makan sampai 200+ pages. Kawan saya kata, untuk thesis saya tu nanti entah berapa batang pokok yang akan jadi korban. Funny. Dasar conservationist! Haha. Saya tak sempat grad tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau tiada aral. Amin. Tadi lunch di Sweetchat Midvalley dengan Hanna. Kami dua orang ni memang minah kaki redah. Bila hati lara je, kami akan masuk restoran yang nampak macam sweet sweet tu. P makan desert. Not bad juga makanan di Sweetchat ni. Mula-mula tengok harga, rasa macam nak tercekik. Tapi rupanya harga tu termasuk makanan dan minuman sekali. Next time nak pergi lagi, nak ajak labmates yang lain-lain. Ok tu je nak cerita. Bai.


Sunday, September 8, 2013

Riang ria Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..
Syawal 1434H dah sampai ke penghujungnya. Syawal tahun ni, biasa-biasa je bagi saya. Bila dihitung-hitung jumlah hari, 5 hari je saya betul-betul beraya. Raya pertama dan kedua. Sabtu dan Ahad minggu terakhir Syawal dan hari kedua terakhir Syawal. Gigih hokeh mengingat berapa hari je beraya. Hahaha. Workload banyakkk sangat. Dengan thesisnya, dengan kerja-kerja admin untuk satu NGO ni. Minggu kedua Syawal saya ke Primula Beach Hotel, menghadiri seminar di sana. Alhamdulillah, berjaya settlekan kerja-kerja sekretariat untuk seminar tu dengan jayanya. Walaupun hmmm..penat tak terkira dan dibayar seciput. Sabo jelah mak jemah. Hari-hari lain yang x sempat beraya tu sebab mengajar tuisyen di Seremban pada weekendnya. Weekdays macam biasalah, ke UM siapkan writing thesis etc etc. Busy woman sangat kekdahnya kan. Tak banyak pun bergambar untuk Aidilfitri tahun ni. Gambar 1 family, langsung takde. Tak sempat memanjang nak bergambar. Bila dah siap pakai cantik-cantik,  nak cepat-cepat keluar rumah. Sebab tulah x sempat. Bila dah sampai rumah orang, xde maknanya nak begambar ramai-ramai 1 family. Rumah orang kan. Ate cemane gayanye kan...Koser. Macam-macam mana pun, saya tetap rasa gembira, happy sangat-sangat. Ngeee..Ni ha, beberapa keping gambar yang sempat diambil hari tu. Ada yang kat kedai tayar (pun boleh) , ada yang kat rumah sendiri. Saksikanlah..





Ok. Tu je. Wassalam :)

Saturday, September 7, 2013

Ekynn buat comeback

Assalamualaikum..
Rindunyeeee kat kamu blog. Rindu sangat. Bertahun-tahun terabai. Sekarang ni kita dah ada gadget baru yang ayah belikan :) Maka bolehlah selalu datang jenguk kamu. Gituhh kannnn..banyak nak cerita ni. Banyak berjuta lemon!

Tengok tajuk entry. X menahan sungguhkan. Hahaha.

Ok, nanti sambung..

Wednesday, July 13, 2011

Kerja lapangan di Kuantan

7-10 Julai yang lalu, saya ke kuantan untuk collect sample. Bagus betul tarikh yang dipilih oleh kami. Dan dan pulak terkena masa KL dilanda jem teruk akibat Bersih 2.0. Aman sungguh Kuantan. Boleh ke mana-mana tanpa sekatan dari sesiapa dan yang paling saya suka ialah langsung tiada roadblock di sana!

Tapi, fieldtrip kali ni sangat tension sebab ada lecturer pelawat dari Taiwan. Kena bekerja sungguh-sungguh depan dia. Kalau tak, akan jadi macam fieldtrip masa kat Tioman dulu. Tak pasal-pasal saya, hana n kak sarah dimarahi oleh cik sv sebab mulut dia yang mengadu dan mengutuk kami belakang-belakang.

Di samping lecturer pelawat tu, cik sv pun turut serta untuk fieldtrip kali ni. Tapi, tujuan dia ke sana lebih kepada cuti-cuti merehatkan minda (baik punya ayatkan?). Maklumla, kami di sini duduk hotel best. The ZenithHotel. Tenangla perasaan dia kat sana.

Sepanjang lecturer pelawat tu ada kat sini, saya asyik mimpi yang berat-berat je. Setiap kali mimpi, mesti ada muka dia n cik sv yang x abes2 dok suruh saya buat kerja. Tak syok langsung. Tak lena tidur dibuatnya. Hari ni dia balik Taiwan. Lega sikit rasa hati saya ni. Letih tau melayan visitor yang banyak kerenah. Semua nak perfect je.

Ha kan, dah jadi sesi meluah perasaan. Hehehe. Meh sini saya tepek sekeping dua gambar masa fieldtrip tu berlaku..






Gambar-gambar lain, saya akan tepekkan kemudian. Stop sini dulu ye.

Salam.

Wednesday, June 22, 2011

Rabu tanpa kata

Afnan Imtiyaz, Amjad Iman, Ainul Insyirah


Aufa Imtinan


Auntie sayanngggg kamu semua ;)

Tuesday, June 7, 2011

Hometutor

Assalamualaikum.

Dua minggu lebih kot tak update blog. Malas. Erk. Malas sebab kering idea. Heeee..

Selain menjadi fulltime student, saya juga seorang hometutor.Saya tinggal di Petaling Jaya dan mengajar tuisyen di sekitar Paroi dan Seremban 2. Punyalah jauhkan. Ye, memang jauh. Satu jam lebih perjalanan nak sampai ke sana. Tapi, saya ada rumah persinggahan di Senawang. Rumah kakak saya. Dan saya mengajar setiap hujung minggu.

Hujung minggu saya memang pack untuk tahun 2011 ni. Memang x dapatlah nak attend mana-mana walimah kawan sepanjang tahun ni. Tak dapat juga nak hang out bersuka ria dengan kawan-kawan seperjuangan yang sebaya (Maaf ye kawan-kawan kerana sering menghampakan perasaan anda-anda semua). Apa nak buat. Nak dapat income lebih. Kenala rela berkorban ye tak? Ayah dan emak saya pun kena berkorban jugak sebab kena hantar saya ulang alik tiap-tiap minggu ke sana. Tapi mereka x kesah. As long dapat jumpa 4 org cucu-cucu kesayangan, takde masalah insyaAllah bagi mereka. Heheh. Luv u all lah mak ayah. ngeee..

Untuk hometuition ni, saya diamanahkan oleh Infitah Training and Consultancy untuk mengajar 6 orang pelajar. Mereka ni dalam lingkungan umur 10 ke 15 tahun (standard 4, 5, form 2 and 3). Buat masa ni, saya tiada masalah mengajar mereka-mereka ni. Baik-baik belaka semuanya. Fokus. Terutamanya pelajar perempuan. Pelajar lelaki, main-main sikit tu biasalah. Siap makan minum lagi time belajar. Tiada masalah bagi saya. Asalkan mereka ada mood untuk belajar. Ehehehe.




Infitah Training and Consultancy adalah syarikat consultant milik abang ipar saya. Malas nak cerita panjang. Ngeeee. Sesiapa yang ada kelapangan dan berminat nak jadi hometutor macam saya, bolehla klik sini.

Sharing is caring ;)