Wednesday, April 27, 2011

Saya dan kulat

Hidup sebagai master student bukanlah sukar sangat bagi saya (buat masa ini). Saya mengkaji diveristi kulat marin yang terdapat atas pokok nipah. Hanya perlu bersahabat baik dengan mikroskop. Ambil gambar banyak-banyak. Dan describe segala morfologi species yang saya dapat.

Tapi sebelum ini saya selalu malas dan tidak produktif. Akibatnya, species kulat yang saya peroleh tidak sebanyak seperti yang diharapkan oleh sv saya. Oh, malas saya itu bersebab. Mikroskop saya tidak power. Blur ya amat. Membuatkan mata saya hampir mahu juling setiap kali kerja-kerja mengobserve sampel dilakukan. Sehinggalah sv saya meluluskan untuk beli lense mikroskop baru. Barulah saya seronok mengobserve sampel-sampel saya.

Species kulat saya semakin bertambah. Sekarang sudah ada 42 species untuk 5 lokasi berbeza. Semoga akan semakin bertambah dan bertambah dan bertambah.

Pagi tadi, ada discussion dengan sv saya regarding my master progress. Dia beri kerja baru. Single spore isolation. Perlu siapkan secepat mungkin. Perlu lakukan ini sebaik mungkin. Hah, mood sv saya super dooper baik. Menyebabkan mood saya juga tidak spoil. Suke ah!

Sebelum ni, saya sudah buat single spore isolation. Tapi asyik contaminate je. Banyak sungguh bakteria yang menggelikan tumbuh atas plate saya. Akhirnya, saya fed up.

To all contaminants..please get rid of my work. Saya mahu buat kerja sungguh-sungguh ni.

Semangat!

No comments:

Post a Comment